Komunikasi didalam rumah tangga adalah sangat penting. Ini bagi menjamin keamanan dan keharmonian rumah tangga. Walaubagaimanapun, bumi mana tidak ditimpa hujan, Kegagalan komunikasi didalam rumah tangga sering berlaku dan kaum lelaki (Suami) sering dipersalahkan dalam hal ini.
Memang tidak dinafikan kadang-kadang sesuatu masalah komunikasi didalam rumah tangga berpunca daripada suami. sehinggakan si suami sering dilabel sebagai ‘pekak‘, ‘mayat hidup‘, ‘tiang elektrik‘, ‘tunggul kayu‘ dan beberapa istilah kerana si suami tidak menjawab pertanyaan si isteri.
Walaubagaimanapun, ada kalanya masalah ini berpunca dari si isteri akibat soalan-soalan yang dikemukakan pada si suami “tidak releven“, “mengarut” dan “merimaskan” !
Antaranya:
1. Sudah gaharu, cendana pula
Kadang-kadang kaum hawa ini mempunya suatu sikap yang agak pelik. Iaitu suka bertanya soalan-soalan cepu emas yang boleh dikategorikan sebagai soalan “sudah gaharu, cendana pula” Sebagai contoh: Seorang wanita menyambut suaminya, yang baru pulang dari kerja, setelah penat bekerja seharian, sambil berkata: “Abang baru balik? penat ke? Nak minum ke?” Sepatutnya soalan-soalan ini tidak perlu ditanya lagi kerana jawapannya sudah jelas dan sudah diketahui oleh si isteri. Cuba bayangkan jika si suami menjawab “Eh taklah, semalam lagi dah balik!.. tak penatlah goyang kaki jek… tak payah, semalam dah minum”
2. Suka bertanya satu soalan yang sama berulang-ulang
Kadang-kadang sikap si kaum Hawa ini, suka bertanya sutu soalan yang sama secara berulang-ulang kali. Sebagai contoh ” pintu rumah dah kunci?” kemudian si suami menjawab “sudah” selang beberapa ketika si isteri bertanya lagi ” pintu rumah dah kunci ke belum” hatta ada sesetengah kaum isteri mengulang soalan yang sama sehingga melebihi 3 kali. Yang akhirnya menyebabkan si suami tidak lagi menjawab soalan mereka itu.
3. Soalan disertai dengan “membebel”
Kadangkala si isteri suka bertanya dengan disertai dengan membebel. Ini akan menyebabkan si suami malas hendak menjawab soalan tersebut. Sikap kaum lelaki selalunya tidak berapa gemar dileteri manakala sikap kaum hawa pula gemar meleteri. Sebagai contoh “Abang dah bayar bil?” belum sempat si suami menjawab terus disambung dengan ceramah umum oleh si isteri! “Ish, kalau tak bayar nanti kene potong, macam mana nak buat keje gelap gelita, nanti apa jiran-jiran cakap, saya nak letak muka kat mana, abang tau je lah……. bla bla bla bla“
4. Solalan tidak pada masanya
Kadang kala soalan yang diajukan oleh si isteri tidak kena pada tempatnya. Sebagai contoh si suami sedang menyiapkan kerja yang perlu disiapkan dengan segera. Manakala si isteri pula tidak habis – habis dengan soalan yang beranika pilihan mereka yang menyebabkan si suami “tension” dan “serabut” dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidak menjawab soalan-soalan tersebut.
5. Mahukan jawapan segera.
Sikap dan perangai kebanyakkan apabila diajukan soalan, mereka berfikir atau mengingat (perkara berkaitan soalan) terlebih dahulu sebelum menjawab / membuat keputusan. Ini mengelakkan jawapan / tindakan yang diambil tidak bertepatan atau salah. Manakala sikap si isteri pula suka mendesak mahukan jawapan yang segera. Sikap mendesak ini akan meyebabkan proses berfikir dan membuat keputusan terbantut yang akhirnya suami “tension” lalu mendiamkan diri.
June 2, 2007 at 7:52 pm
Salam~
Sebab tue semua lelaki perlu faham yang wanita ni ada sikap yang pelik tetapi itu hanya untuk menunjukkan lagi perasaan kasih sayang dan cinta mereka kepada si suami. Contoh, kes 1, sebenarnya si isteri cuba mewujudkan semula
forum k0munikasi dengan si suami. Si isteri mungkin terikut- ikut dengan dialog yang sering di ucap di kaca televisyen. Jika difikir dari sudut yang p0sitif, ini semua adalah untuk menunjukkan sikap ambil berat terhadap si suami dan meraikan kepulangan suami yang seharian telah penat bekerja. Mungkin cara petanyaan yang diajukan oleh si isteri itu kurang tepat telah merimaskan si suami. Jadi, isteri harus bijak bertanya. Namun, ini adalah lebih baik daripada si isteri langsung buat tak endah kepulangan suaminya itu.
Dari sudut yang lain pula, saya juga kurang setuju dengan sikap si isteri tersebut.
Seharusnya, si isteri sudah arif dengan sikap suaminya(bagi yang sudah lama berumah tangga) samada menjadi kebiasaan atau tidak bagi si suami, contoh: meminta minuman sejurus pulang dari bekerja. Bagi pasangan yang masih baru berumahtangga atau berada dalam m00d h0neymoon lagi, seharusnya bijak mengambil peluang ini untuk menambat lagi hati suami melalui kaedah pendekatan psikologi ini. Contoh: menyediakan minum petang untuk si suami sebelum suami pulang bekerja lagi. Jadi apabila si suami sudah pulang, soalan itu, ‘abang dahaga’ tak perlu ditanya lagi, semuanya sudah siap terhidang. Nak tak nak, suami kena menghabiskan makanan yang telah disediakan oleh si isteri. Suami mana yang tidak terharu apabila melihat isterinya menjaga keperluan hariannya dengan begitu sempurna seperti menjaga makan minumnya dan memahami keperluan dirinya. Dan ini akan menambahkan lagi ketenangan di hati suami apabila melihat dan berada di samping isterinya. Bukankah isteri itu untuk harus menjadi penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran untuk suami. Justeru itu, si suami dapat melepaskan beban penat bekerja seharian dalam dirinya.
Kesimpulan, setiap kata- kata yang lahir dari bibir isteri sebenarnya tak berniat untuk menambahkan lagi kekusutan dan kejengkilan di mata suami, tidak sepatutnya ada istilah “tidak releven“, “mengarut” dan “merimaskan” untuk isteri. Begitu juga untuk si isteri,yang tak seharusnya menggunakan istilah ‘pekak‘, ‘mayat hidup‘, ‘tiang elektrik‘ dan ‘tunggul kayu‘ untuk suaminya. Kedua- duanya harus berk0mpromi bagi membina keluarga yang bahagia~
April 27, 2009 at 2:54 am
salam..
1.hai..boleh kenal..sorang je ker??(walhal awek tu dok jln sorang lg mau tnya)
2. awak dh mkn?nape xmkn..nanti sakit sape yg susah??(walhal bru pkul 12tgh ari)
3. jom la kuar ngan saya..nape xnk kuar ney??(padahal dh bg tau byk bde nk buat cam nk study)
4. awak tggal ktner ni??ckp la..xyah la sorok2(xphm lnsung awek tu ner pk boleh ke tak nk bg kat mamat ni)
awk ngan sape t umh?wat ape?xkuar ker?nape xbls msg saya?(walhal awek tu dh ckp,awk kite smbung nti ye,sye ad kje jap)
5. nak ape2 tak..(bila dating xabis2 soklan tuh..lau awek ckp dh kenyang ke hape kne la FAHAM)
SEMEMANGNYE KAUM LELAKI AKAN BERUBAH SELEPAS KAHWIN..XNAK GURAU2 DH..